Monday, October 24, 2016

Fitrah

Ya. 
Aku bercerita tentang fitrah.
Fitrah yang satu ini.
Fitrah cinta yang Allah beri dalam hati.
Jujur,
aku pernah merasa. 
Dan barangkali,
Masih punya rasa.

Barangkali.
Tapi,
Fitrah itu belum jelas.
Belum bulat.
Belum kuat.

Mungkin,
Kerana Dia lebih tahu,
Dia jauh lebih mengenal aku,
yang belum mampu menghadapi.
Belum juga mampu menjalani.
Jadi,
fitrah ini aku simpan dahulu. 
Moga jauh dari fitnah yang aku tak tahu.

Nauzubillah. Hasbunallah wani'mal wakeel.
Moga di hari yang sepatutnya, diwaktu yang Dia redhai.
Dihari yang aku yakini sebulatnya hati. 
Dikala redha nya hati keluarga yang dicintai.
Aku mampu guna fitrah ini.
Jauh dari azab yang digeruni.
 
Demi mencari,
Redha Sang Rabbi.




No comments:

Post a Comment

thanks for comment dear :)