Sunday, February 19, 2017

Cinta

Ianya di semester lima.
Fakulti Muzik & Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Diwaktu jiwa kau semakin jauh.
Diwaktu proses menimba ilmu dirasa semakin merapuh
Diwaktu kaki kau semakin longlai tidak diampuh

Syukur.
Tuhan, masih kau ikat rapi didalam jiwa
Walau terkadang goyah dek dunia.
Dan kau lawankan nafsu,
Gigihkan hati supaya terus meminta, walau tidak terlihat cahaya

Kun faya kun, kata Rabbi.
Aku terkesima dengan rahmat Dia Sang Ilahi
Terasa indahnya cinta Dia,
Yang mengenali aku jauh di sudut hati.

Jazakallah ya Rabbi.
Hidupkan aku terus dalam hidayah Mu.

Allahumma amin

No comments:

Post a Comment

thanks for comment dear :)